> <
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • Simpanan Khas
  • Had Maksimum Saham
  • MAKLUMAN POTONGAN GAJI

SIMPANAN KHAS, DEPOSIT ATAU PINJAMAN DARIPADA ANGGOTA KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah bersetuju agar simpanan khas, deposit atau pinjaman diwujudkan bagi membiayai satu lagi projek KUSMB bagi tempoh jangka pendek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pembiayaan semula pulangan adalah berdasarkan perkongsian keuntungan (profit sharing).

Menurut Undang-Undang Kecil fasal 55 (1)(a) Koperasi boleh menerima daripada anggotanya:-

a) simpanan khas seperti yang ditetapkan dalam aturan-aturannya dan wang ini  boleh dikeluarkan dari masa ke semasa; atau

            b) deposit dan pinjaman

Lembaga mengalu-alukan anggota yang berminat dengan tawaran ini dan boleh menghubungi pihak koperasi di 04-6599206 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk maklumat lanjut dalam tempoh 3 hari dari tarikh memo ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik Memo Simpanan Khas.

Sekian, terima kasih.

Read More

Makluman Had Maksimum Pegangan Saham Anggota KUSMB

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bil 245 bertarikh 29 Januari 2014 telah bersetuju dengan penambahan syarat syarat bagi keahlian dan had minimum penambahan saham ahli. Ianya juga merujuk kepada Undang Undang Kecil Bahagian V Organisasi dan Pengurusan Koperasi klaus 41 : Urusan mesyuarat Lembaga (c) mengkaji, membincang,menimbang dan memutuskan dimana perkara berikut:

     (vi) permohonan menambah atau mengurangkan caruman syer

Berikut merupakan syarat-syarat yang telah dipersetujui:

  1. Untuk keahlian baru : Minima saham adalah sebanyak RM100.00
  2. Jumlah saham dihadkan kepada RM100,000.00 untuk setiap ahli sepanjang tempoh keahlian.
  3. Penambahan saham melebihi RM1,000.00 hendaklah dipohon secara BERTULIS bagi mendapat kelulusan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga.
  4. Ahli yang mempunyai saham melebihi RM100,000.00 hendaklah mengeluarkan dividen mereka pada tahun berikut.

Semua syarat-syarat tersebut berkuatkuasa 1 Februari 2014. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Read More

Makluman,

Kepada staf USM yang membuat potongan gaji melalui Koperasi USM Berhad,

Tiada sebarang potongan akan dibuat bermula April 2020 selama 6 bulan seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan.

Bagi tuan/puan yang ingin meneruskan bayaran seperti biasa, sila rujuk maklumat seperti dibawah:
1) MBSB Bank emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2) Public Bank, layari dan isi borang yang disediakan https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx
3) Saham koperasi , sila emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read More

Rangkaian

anjungcoop