Sejarah
- Details
- Category: Profail Sub
- Published on Wednesday, 13 April 2011 22:02
- Hits: 16939
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad (KUSMB) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1973 dengan nombor pendaftaran ialah 4806 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (No. Pendaftaran JKP.P.P 05/01/055(5). Diawal penubuhan dikenali sebagai The Universiti Sains Malaysia Co-operative Bookshop Ltd. Bermula dengan perniagaan buku, KUSMB direncanakan oleh Universiti Sains Malaysia supaya bergerak sebagai institusi perniagaan yang memberikan kemudahan kepada warga kampus terutama pelajar dan kakitangan universiti. Setelah masa berlalu, KUSMB telah mempelbagaikan bidang/barangan perniagaan bahkan telah mengembangkan operasinya di luar kawasan USM.